Sunday, December 12, 2010
Tuesday, November 9, 2010
Cookies RAYA HAJI
Cookies raya untuk HARI RAYA HAJI..Tinggal beberapa bottle je la lagi..sapa cepat dia yang punya =) dan cookies juga tinggal 2 jenis lagi yang masih available iaitu Tart Strawberry & Almond Sticks(B) only..
Berminat Trus email kami di noorulcookies@gmail.com or SMS 014-711 4058Monday, October 11, 2010
Macam mana saya nak dapatkan COOKIES saya?!
" BOLEH tak kalau saya nak HamBIk sendiri cookies saya??"
** sudah tentulah boleh....bagaimana..sila baca cara2nya
if you olzs nak hambik sendiri cookies pun boleh juga. meet me at this place i dah attached kan map..apapun juz let me know WHEN...TIME..DATE.. cuma kalau WEEKDAYS i prefer malam 8pm ++ maklumlah siang2 keje..but if WEEKEND anytime accept time tido, Walauapapun.... plz do EMAIL or SMS me dulu okay.....to be conform
Sunday, October 10, 2010
Thursday, September 2, 2010
Terima Kasih & Salam Aidilfitri
Di kesempatan ini KAMI dari Munchy..Munchy HOMEmade Cookies mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam..andai ada salah dan silap terkasar bahasa dari kami..ampun maaf zahir dan batin kami pohon..sesungguhnya KESEMPURNAAN itu datangnya dari ALLAH swt...dan yang serba KEKURANGAN ini datangnya dari kami...
Buat mereka yang ingin pulang ke kampung utara-selatan semoga memandu dgn berhati-hati..buat yang jauh diseberang laut CHINAselatan sabah & sarawak..terima kasih jauh kuih kami terebang =)..... semoga ramadhan ini memberi seribu makna dan semoga aidilfitri akan membawa seribu rahmat buat kita...dan semoga kita BERJUMPA lagi, Insyallah
:: NoorulCookies ::
Wednesday, September 1, 2010
ALL cookies are SOLD OUT!
::NoorulCookies::
Monday, August 16, 2010
Last minute cari cookies raye?? BYK order dah tutup??
Happy viewing guys!
KOMPOM! cookies sentiasa ada stocks!
" BOLEH tak kalau saya nak HamBIk sendiri cookies saya??"
** sudah tentulah boleh....bagaimana..sila baca cara2nyaif you olzs nak hambik sendiri cookies pun boleh juga. meet me at this place i dah attached kan map..apapun juz let me know WHEN...TIME..DATE.. cuma kalau WEEKDAYS i prefer after berbuka pose..but if WEEKEND anytime accept time tido, time berbuke pose.... but incase EMAIL or SMS me dulu okay.....renung-renungkan. selamat menjalani ibadah puasa =)
Wednesday, July 28, 2010
Saiz botol dan container mengikut tempahan anda
Wajib ke? Tak la.. tapi kurang berseri hari raya tanpa biskut raya ni, Kalau tetamu datang kerumah takkan nak bagi air je..kan, mesti ada kudapan dan takkan kita nak sediakan ketupat rendang atau memasak setiap hari sepanjang bulan syawal. Jadi.. biskut atau kuih raya lah penyelamatnya. Perut pun tak senak.. kalau tiap rumah asyik kena jamah makanan berat.
Tak semestinya hari raya .. kalau suka bila-bila boleh makan biskut ni sebagai kudapan minum petang. walaupun kenkadang nampak janggal. “eh! ada biskut raya?” padahal biskut tu bukan la untuk hari raya sahaja.
Jika dulu, masuk minggu ke 3 ramadhan, setiap rumah berbau wangi dengan bau biskut raya dibakar. Masa ni nampak di depan rumah masing2 aktiviti menjemur tepung… tak pasti kenapa, tapi ada yang berkata biskut akan menjadi lebih ranggup dan sedap.. hehe Betul ke? Kalau setakat sekilo dua boleh la nak jemur.. tapi kalau dah seguni.. hemm..pikir la sendiri.
Ingat zaman muda-muda dulu.. Buat biskut dari lepas terawikh sampai ke waktu sahur.. siap tertidur depan oven, biskut pun terangit la.. Biskut hangit ni la yang dibelasah makan dek kami adik beradik, yang cantik-cantik simpan untuk Hari raya, Lagi banyak hangit, lagi banyak la boleh dimakan..kekeke. Sekarang dah jarang dengar orang buat biskut raya sendiri, masing -masing semangat buat biskut tunjuk-tunjuk (beli la..). Itu yang Onepiecebakery.com ambil bahagian untuk famili yang nak cari “biskut tunjuk-tunjuk”.
“Biskut tunjuk-tunjuk” ni ada ang mahal ada yang murah.. Nama sama harga berbeza… Kadang-kadang kami sebagai perniaga pun terkejut dengan lambakan biskut yang murah-murah ni. “Camne dia boleh jual murah? tak ambil untung ke?” Akhirnya situasi ini terjawab bila dengar cerita dari kawan yang sama terlibat dalam industri ini.. bagaimana individu tu dapat menjual denga harga yang murah.. sebabnya dapat beli bahan murah. Macamana dapat bahan murah?.. dengan membeli bahan hampir tarikh luput dan ada tu tak tau barang tu halal ke tidak..sebab janji murah. Memang kira tokey kedai tu nak clearkan stok la.. satu lagi jenis pembuat biskut… yang murah-murah ni kadang-kadang rasanya alahai.. apa taknye dah dikurangkan bahan itu ini.. walaupun rupa sama rasanya berbeza. Takpe la.. barang murah rasanya murah la kan..so jangan banyak komen.”(^0^)” Tapi ada juga jenis peniaga.. biasanya yang trading ni la.. beli murah dari 2 jenis pembuat biskut raya tadi dan jual harga mahal mengikut standard harga biskut mahal. Maka berhati2 lah masa beli” biskut tunjuk-tunjuk” ni.