Tuesday, July 12, 2011

Kedai dah bukak!!


Assalamu’alaikum!

Alhamdulillah, pesanan telah mulai masuk daripada anda yang pernah order dari kami sebelum ini dan juga mereka yang baru pertama kali berurusan dengan kami. Terima kasih.

Hari ini 10 Rejab 1432h..dengan rasminya kami di Munchy munchy Homemade cookies secara rasminya membuka tempahan untuk musim Aidilfitri 2011 ini.

Untuk makluman customer semasa membuat tempahan ialah sila nyatakan alamat e-mel atau no.HP anda yang tepat kerana segala urusan komunikasi tentang penerimaan pesanan anda akan dilakukan melalui e-mel dan SMS untuk memastikan semuanya ada dalam rekod simpanan kami.

untuk mereka yang pertama kalinya berminat untuk membeli cookies Kami nasihatkan agar anda yang baru hendak merasa cookies raya kami ini supaya memesan secepat mungkin supaya anda masih mempunyai masa lagi sekiranya ingin menambah pesanan anda. Pada tahun lepas kami terpaksa menolak ramai yang ingin membuat “repeat orders” kerana masa telah terlalu suntuk. Silalah
Order cepat-cepat, nanti boleh order lagi! =)

untuk makluman customer yg disayangi..Seperti biasa, proses tempahan cookies raya akan berakhir pada penghujung minggu ke-2 kita berpuasa, insya-Allah.


Kami ada menerima panggilan dari serata Malaysia bertanyakan jika kami boleh membuat penghantaran POS/courier service. Dengan dukacitanya kami terpaksa menolak kerana kami tidak boleh menggunakan pos atau courier service dalam menghantar kuih raya lami kerana kuih2 ini akan hancur. Kami hanya menerima pesanan anda sekiranya anda mempunyai saudara-mara atau rakan yang tinggal berdekatan yang boleh mengambil kuih-kuih ini bagi pihak anda.


Jadi, jangan tunggu lama..nanti lama-lama..meleppaasss... =)

Silalah mula buat tempahan anda sekarang! email atau SMS kami


::noorulcookies::



0 comments:

 

Noorul Cookies Template by Ipietoon Cute Blog Design