Monday, June 8, 2015

Butter dan noorulcookies ..KAMI sinonim =)





ehsan Google
Assalamualaikum…
kami kembali semula..setahun sekali kita ni bersua muka berblogging, tapi inilah realiti sipenjual cookies raya yer tak. Doa kami semoga anda semua sihat dlm lindungan allah. Ni nak cite sket..dah masuk tahun ke 5 kami jual cookies raya secara blogging dan FB..kuih raya edition cyberworld ni alhamdulillah sambutan yg baik dan positif dari customer kami. Tapi setakat ni alhamdulillah kami bukan setakat nak cari untung ajer tapi keberkatan meniaga tu penting..jangan jah silap menipu customer nanti kena panah petir..ohh tak sanggup nak menjwb di "dunia yg kekal" nanti..hehe. ni betul betul ni bukan CObaann...

oklah ramai juga kadang-kadang was-was dgn cookies kami takut kena tipu katanya tapi jujur kami meniaga apa yg anda makan ..apa yg anda rasa itulah realiti (pada yg pernah mencuba cookies kami) sedappkan..puas hati..kami pun seronottt bila keikhlasan jual beli begini terjadi. Takperlu risau dijamin halal, kami mempraktikkan kebersihan dalam pakaging dan pembuatan cookies kami. Bila packagingKami juga menggunakan  kami tak berkira dgn customer kami pack sehingga penuh dan padat ikut pada jenis kuih, tebalik laa kau botol mcm mana pusingan pun dia tidak akan hancur Insya'allah..udah jgn pegi campak..baling ke dinding mmg aa hancur hati ku hancur.. =)
Kami menggunakan 100% BUTTER dalam cookies raya kami. Anda boleh bezakan bila merasanya. betul tak??? betulkan =D
in the making kuih tart..igt filem je ada inthe making =P
Kelainan kami di MunchMunchyHomeMade cookies setiap tahun pasti akan ada kelainan dan pembaharuan..Idokla tiap-tiap tahun asyik cookies tu aje kan. Itu janji kami pada kelainan cookies yang terdapat di  MunchMunchyHomeMade cookies, Insya'allah.

0 comments:

 

Noorul Cookies Template by Ipietoon Cute Blog Design